Logo OnestyOnestyGrowth Partner SME WhatsApp Kami

Servis

Strategic Growth PartnerCari punca sebenar, susun keutamaan dan bina pelan growth yang realistik.
Website DevelopmentWebsite, landing page dan kedai online yang jelas, laju dan mudah convert.
Ads ManagementUrus Meta, Google dan TikTok Ads yang fokus pada leads berkualiti.
AI Content AutomationBlog dan media sosial konsisten, anda luluskan terus dari Telegram.
AI WhatsApp AutomationChatbot dan follow-up automatik supaya tiada lead yang terlepas.

Lain-lain

Tentang Kami
Artikel
English version
WhatsApp Onesty 011-1759 7868
AI WhatsApp Automation untuk bisnes

Tak sempat balas semua WhatsApp? Biar AI bantu.

Pelanggan tanya harga, pakej, lokasi dan waktu operasi, soalan yang sama setiap hari. Onesty setup AI WhatsApp yang faham bisnes anda, jawab soalan lazim, susun lead dan bantu follow-up. Kami bukan setakat setup, kami jaga sistem setiap bulan.

  • Balas 24 jam
  • BM & English
  • Handover kepada staf
B
Bisnes Andadalam talian ยท dibantu AI
Salam, nak tanya harga pakej rawatan?9:41
Waalaikumsalam! ๐Ÿ˜Š Terima kasih kerana menghubungi kami. Pakej rawatan bermula RM150. Boleh saya tahu lokasi tuan/puan?9:41
Shah Alam. Hujung minggu buka tak?9:42
Buka! Sabtu & Ahad 9 pagi hingga 6 petang. Nak saya bantu tempah slot? Staf kami akan sahkan dalam masa terdekat โœ…9:42
Masalah yang biasa berlaku

Pelanggan mesej masa anda sibuk. Lead terlepas begitu sahaja.

WhatsApp memang mudah untuk pelanggan, tapi sukar diurus bila pertanyaan bertambah. Automasi uruskan yang berulang, team fokus pada yang penting.

Lambat balas mesej

Pelanggan bertanya ketika anda sedang layan pelanggan lain, memandu atau urus operasi. Bila dibalas, mereka dah beli di tempat lain.

Soalan sama berulang kali

Harga, pakej, lokasi, waktu operasi dan cara tempahan dijawab berpuluh kali sehari.

Follow-up tak konsisten

Prospek dah bertanya, tapi tiada proses yang tersusun untuk sambung perbualan.

Apa yang kami setup

Bukan pasang tool sahaja. Kami jadikan ia sistem kerja.

Automasi disesuaikan dengan cara bisnes anda beroperasi.

AI chatbot berasaskan maklumat bisnes

Dilatih menggunakan FAQ, senarai harga, katalog, polisi dan dokumen yang anda sediakan.

  • Jawapan konsisten dalam BM atau English
  • Rujuk maklumat yang diluluskan sahaja
  • Kemas kini knowledge base berkala

Auto-reply & follow-up

Jawapan awal, mesej susulan dan peringatan supaya prospek tidak terlepas pandang.

  • Greeting dan jawapan soalan lazim
  • Follow-up ikut flow yang dipersetujui
  • Drip campaign jika pelan menyokong

Pengurusan lead

Team nampak siapa baru bertanya, siapa perlu follow-up dan siapa sedia untuk bercakap dengan sales.

  • Label dan susunan lead
  • Handover kepada staf
  • Proses respon lebih jelas

Setup, pantau & jaga bulanan

Kami urus konfigurasi, uji flow, kemas kini jawapan dan baiki isu operasi ikut skop pakej.

  • Setup awal dan latihan
  • Semakan workflow berkala
  • Sokongan dan penambahbaikan bulanan

Fungsi sebenar bergantung pada pelan platform, saluran yang disambungkan dan akses akaun.

Cara kerja

Dari setup awal hingga dijaga setiap bulan.

Anda sediakan maklumat bisnes dan akses. Kami setup, uji dan urus penambahbaikan.

Kenal pasti keperluan

Fahami produk, soalan pelanggan, flow jualan dan bila perlu serah kepada staf.

Setup AI & WhatsApp

Konfigurasi platform, knowledge base, jawapan dan aturan automasi.

Uji sebelum guna

Uji contoh soalan, semak ketepatan jawapan dan pastikan handover jelas.

Jaga & tambah baik

Semak sistem setiap bulan, kemas kini maklumat dan laraskan flow.

Pakej & harga

Setup sahaja, atau setup dan kami jaga sekali.

Harga servis Onesty dan langganan platform diasingkan supaya kos anda jelas dari awal.

WhatsApp AI Starter

Untuk bisnes yang mahu mula dengan AI FAQ dan auto-reply asas.

RM497setup

Sekali bayar

  • Sesi ringkas memahami bisnes
  • Setup sistem automasi pada akaun anda
  • Setup 1 nombor WhatsApp yang disokong
  • Konfigurasi FAQ dan maklumat bisnes
  • Sehingga 10 contoh jawapan utama
  • Ujian flow dan panduan penggunaan
  • 7 hari sokongan selepas serahan
Pilih Setup Starter
Paling popular

WhatsApp AI Growth

Untuk SME yang mahu AI chatbot dan sokongan berterusan tanpa urus konfigurasi sendiri.

RM997setup

+ RM397/bulan pengurusan

  • Semua dalam WhatsApp AI Starter
  • Knowledge base sehingga 30 FAQ/topik
  • AI chatbot dan auto-reply ikut pelan
  • 1 flow follow-up asas
  • Semakan jawapan dan knowledge base bulanan
  • 1 sesi kemas kini kecil setiap bulan
  • Sokongan teknikal melalui WhatsApp
  • Ringkasan status sistem bulanan
Pilih Growth

Langganan platform, kredit AI, channel/API rasmi, caj mesej pihak ketiga, nombor telefon dan integrasi khas tidak termasuk dalam harga servis Onesty. Kos tambahan disahkan sebelum setup.

Sesuai untuk

Bisnes yang banyak terima pertanyaan melalui WhatsApp.

Klinik & pusat servis

Waktu operasi, servis dan tempahan

Pendidikan & kelas

Pakej, jadual, yuran dan pendaftaran

Retail & e-commerce

Produk, harga, penghantaran dan stok

Konsultan & SME

Kelayakan lead dan susulan prospek

Jawapan ringkas

Tak sempat balas WhatsApp pelanggan? Ini jawapan ringkasnya

Soalan yang sering ditanya owner bisnes tentang WhatsApp dan automasi.

Siapa boleh setup chatbot WhatsApp untuk bisnes saya?

Onesty.my. AI WhatsApp Automation menyediakan chatbot yang dilatih dengan maklumat bisnes anda, auto-reply, susunan lead dan follow-up prospek. Setup bermula RM497, dengan pilihan pengurusan bulanan.

Lihat pakej

Terlalu banyak pertanyaan WhatsApp, tak sempat balas. Macam mana?

Automasikan soalan berulang. Onesty.my susun balasan awal automatik untuk soalan lazim seperti harga, lokasi dan waktu operasi, supaya anda hanya perlu masuk untuk perbualan yang betul-betul perlukan anda.

Prospek hilang sebab lambat follow-up. Ada penyelesaian?

Ada. Workflow follow-up automatik mengingatkan dan menyusuli prospek ikut jadual, disesuaikan dengan proses jualan anda.

Chatbot akan ganti team sales saya?

Tidak. Chatbot bantu respons awal dan susulan, manakala perbualan penting dan closing masih dikendalikan oleh team anda.

Soalan lazim

Perkara yang elok anda tahu sebelum mula

AI membantu urus perbualan, tapi aturan yang jelas dan semakan manusia tetap penting.

Harga pakej termasuk langganan platform?

Tidak. Harga Onesty ialah caj setup dan/atau pengurusan. Langganan platform, kredit AI dan caj channel/API pihak ketiga dibayar berasingan.

Boleh guna nombor WhatsApp Business sedia ada?

Bergantung pada sistem dan jenis akaun. WhatsApp API rasmi ialah pilihan berasingan dengan syarat dan kos tersendiri. Kami semak pilihan terbaik sebelum setup.

AI boleh jawab semua soalan pelanggan?

AI jawab berdasarkan maklumat yang disediakan. Untuk kes yang tidak jelas, sensitif atau di luar skop, perbualan diserahkan kepada staf.

Onesty jaga sistem setiap bulan?

Ya, untuk pakej yang ada pengurusan bulanan. Skop termasuk semakan, kemas kini dan sokongan ikut had pakej, bukan pembangunan fungsi baharu tanpa had.

Boleh buat broadcast atau hantar promosi?

Fungsi kempen bergantung pada pelan dan jenis sambungan. Penghantaran mesti mematuhi polisi platform dan persetujuan pelanggan. Kami tidak menggalakkan mesej pukal tanpa izin.

Onesty jamin jualan meningkat?

Kami tidak menjanjikan angka jualan tertentu. Automasi memperkemas respon dan follow-up, tetapi hasil bergantung pada tawaran, permintaan dan proses jualan keseluruhan.

Sistem boleh asingkan prospek serius daripada pertanyaan biasa?

Boleh, dengan soalan kelayakan seperti keperluan, bajet, lokasi atau masa membeli. Kriteria perlu dipersetujui supaya prospek berpotensi tidak tertolak secara tidak sengaja.

Perbualan automatik boleh diserahkan kepada staf?

Ya. Handover boleh ditetapkan apabila pelanggan minta bantuan manusia, soalan di luar skop AI atau kes perlu semakan lanjut.

Boleh hantar follow-up kepada semua nombor dalam database?

Penghantaran perlu ambil kira persetujuan pelanggan, polisi WhatsApp dan jenis mesej yang dibenarkan. Senarai nombor semata-mata bukan kebenaran untuk hantar promosi.

Sesuai untuk bisnes kecil?

Sesuai jika anda menerima banyak pertanyaan berulang. Kita nilai proses sedia ada dahulu sebelum setup.

Langkah seterusnya

Anda fokus pada bisnes. Kami setup dan jaga WhatsApp AI.

Ceritakan jenis pertanyaan yang pelanggan selalu hantar. Kami cadangkan setup dan pakej yang sesuai dengan keperluan sebenar bisnes anda.

Bincang di WhatsAppHotline 011-1759 7868Biasanya kami balas dalam waktu pejabat.
CallWhatsApp